Pages

Subscribe:

Tuesday 15 November 2011

BELIA JUTAWAN: Jana Ekonomi Secara Online

Netpreneur: Irfan Khairi
Sumber: Google Images
              Irfan Khairi, jutawan internet yang memulakan perniagaan internet pada tahun 2000 ketika beliau bekerja sepenuh masa. Apabila pendapatan perniagaan internet beliau melebihi pendapatan pekerjaan sepenuh masa,beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja sepenuh masa. Kisah lanjut dan tips perniagaan internet beliau boleh didapati disini.
    Perkembangan teknologi pada masa kini jelas sangat membantu golongan belia di dalam menjana pendapatan samada secara separuh masa atau sepenuh masa. Pelbagai jenis perniagaan dalam talian yang dijalankan misalnya perniagaan kenderaan, hartanah, barangan elektronik, keperluan rumah dan barang-barang peribadi dan sebagainya.
    Perniagaan internet membolehkan usahawan melakukan promosi perniagaan kepada beribu orang tanpa kos yang mahal berbanding akhbar, tv, radio, majalah dan sebagainya. Hal ini dapat menjimatkan kos atau melibatkan modal yang rendah dan menjimatkan masa malah dapat menjana pendapatan yang lumayan.
    Perniagaan internet juga membolehkan usahawan memberi seberapa banyak maklumat dalam pelbagai format kepada pelanggan sedia ada atau bakal pelanggan seperti gambar, teks, video, audio dan animasi berbanding dengan media cetak, pada kos yang rendah. Terdapat juga pelbagai medium percuma seperti Facebook,Twitter, Blog, Vlog, Youtube dan sebagainya.
    Selain itu, perniagaan internet yang kecil boleh bersaing dengan perniagaan besar yang dijalankan secara offline. Kini keduanya bersaing pada tahap yang sama.Perniagaan online dimiliki oleh individu atau pihak persendirian boleh bersaing dengan syarikat yang memiliki berpuluh atau beratus pekerja. Tambahan lagi, perniagaan internet membolehkan usahawan mendapat sasaran atau pelanggan yang paling tepat oleh kerana di dalam dunia siber terdapat komuniti-komuniti yang datang dari pelbagai industri. Faedah lain yang dapat diperoleh adalah usahawan mendapat sasaran pasaran yang mengambil perhatian, kerana mereka sendiri yang memilih untuk membaca, melihat dan mendapatkan maklumat daripada peniagaan dalam talian.
      Mudah.my adalah contoh laman web yang menjadi tempat dimana anda mampu membeli, menjual dan mencari hampir apa sahaja yang anda perlukan. Perniagaan internet bukan sahaja dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga, malah perniagaan internet yang dijalankan boleh dikendalikan 24 jam setiap hari. Selain itu, pasaran di dalam internet adalah sangat luas dimana pelanggan terdiri daripada masyarakat dari pelbagai tempat; tidak semestinya di dalam negara sahaja. Usahawan boleh mendapat pelanggan dari serata dunia pada kos yang terlalu rendah.Oleh yang demikian, pasaran yang luas ini dapat menjana pendapatan yang tinggi disamping mengembangkan lagi perniagaan ke peringkat global.

Sumber: Google Images
    Selain itu, perkara menarik lain adalah perniagaan internet adalah fleksibel, dimana ia boleh dijalankan dimana sahaja pada bila-bila masa, asalkan terdapat rangkaian internet. Malah perkembangan teknologi pada masa kini memudahkan dan mempercepatkan pengurusan perniagaan melalui kewujudan smartphone, tablet dan pelbagai gajet lain.     
   Akhir sekali, perniagaan internet boleh dijalankan dari rumah bersama keluarga tercinta!Selain daripada menumpukan perhatian kepada perniagaan, usahawan juga dapat berada dekat dengan keluarga pada bila-bila masa.


TIPS! Perniagaan Internet tanpa modal.

Sekiranya anda mempunyai masalah “Tiada modal”,  menjalankan perniagaan berbentuk affiliate atau perniagaan internet tanpa modal dapat membantu anda. Berikut adalah beberapa laman web yang menawarkan kaedah perniagaan ini.


No comments:

Post a Comment