Pages

Subscribe:

Thursday 10 November 2011

oOOopss! Terlebih Sudah…!

              Kini, negara Malaysia makin maju dengan pelbagai teknologi yang muncul. Belia juga lebih cenderung menggunakan teknologi dalam semua bidang termasuk dalam menyuarakan pendapat mereka sama ada di dalam blog, twitter mahupun Facebook. Kita sedia maklum, belia merupakan aset negara yang penting dalam memastikan pencapaian wawasan 2020. Oleh yang demikian, kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan belia bersuara dan menyuarakan pendapat. Jadi, tidak hairanlah jika kita melihat pelbagai alternatif yang digunakan oleh kerajaan untuk memudahkan belia dalam memberikan pandangan dan pendapat, cadangan dan idea bagi memantapkan lagi perlaksanaan program-program yang telah dirancang oleh negara. Belia seharusnya menggunakan saluran yang disediakan untuk menyuarakan pendapat mereka dari pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sebagainya. Seharusnya belia lebih menyedari, dengan melibatkan diri dalam perhimpunan haram ataupun rusuhan adalah sesuatu yang salah dari segi undang-undang. Misalnya, 1malaysia.com telah dilancarkan oleh kerajaan dalam menggalakkan belia menyuarakan pendapat dan sekaligus mendapat maklumbalas daripada pihak kerajaan. Sebenarnya tanpa kita sedari, 1malaysia.com merupakan peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menggalakkan belia bersuara dalam pelbagai aspek. Di sini kita dapat lihat bahawasanya kebebasan bersuara itu wujud melalui medium ini cumanya penggunaan bahasa yang wajar haruslah di tepati. 
Sumber: Google Images
                        Dalam alaf teknologi serba canggih ICT ini, Belia mesti peka dan kepimpinan harus memastikan golongan Belia ini celik teknologi maklumat, matang menyalurkan pendapat, versertail dalam keterampilan dan paling utama kekuatan agama sebagai pedoman hidup. Pandangan lapok yang mengatakan Belia adalah pencetus kepada pelbagai masalah mesti di tangkis dan tiba waktunya menampilkan Belia sebagai golongan yang pro-aktif juga berpandangan positif. Ada pihak yang cuba menyatakan bahawasanya belia yang tinggal di luar Bandar akan mengalami masalah dalam mengadaptasikan diri dengan penggunaan teknologi. Namun begitu anggaran ini amatlah daif kerana jika kita lihat belia di luar Bandar juga telah didedahkan dengan pelbagai kemudahan canggih yang berteraskan teknologi. Contohnya Penubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kementerian pembangunan luar bandar giat menjalankan usaha-usaha menceriakan dan menghidupkan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan juga mengalu-alukan usaha universiti untuk merapatkan jurang digital luar bandar khususnya kawasan pedalaman dalam melahirkan penduduk yang celik teknologi maklumat (IT). Contohnya pelancaran internet desa yang menjadi tumpuan terhadaap felda-felda atau kawasan pedalaman menjadikan ramai belia-belia luar bandar untuk mempelajari cara mengendalikan komputer, perhubungan internet, kelas mempelajari "microsoft" serta teori dan praktikal menggunakan gajet-gaget teknologi komunikasi. Dengan kewujudan perkhidmatan yang disediakan dapat membentuk lebih ramai belia luar bandar menggunakan teknologi komunikasi dengan efisien, sekali gus dapat memantapkan bahasa melayu dan Inggeris. 
Sumber: Google Images
                   Lantaran itu diharapkan dengan wujudnya Teknologi mampu melahirkan belia yang matang dalam mempertimbangkan sesuatu isu yang timbul / berita sama ada khabar angin atau fakta. Kerana jika peralihan dunia semakin canggih melambangkan pemikiran manusia juga semakin canggih maka mampu berfikir secara telus dan mulus.
Sumber: Google Images

Sunday 6 November 2011

PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI DALAM KALANGAN BELIA

          Teknologi yang wujud pada zaman moden kini sememangnya tidak dinafikan dapat membantu memudahkan kehidupan masyarakat serta belia di dunia ini. Teknologi yang wujud pada masa kini sememangnya membantu golongan belia dalam pelbagai bidang kerana segala maklumat berada “di hujung jari” sahaja. Walau bagaimanapun, belia pada masa kini dilihat telah banyak menyalahgunakan teknologi yang semakin canggih. Teknologi yang canggih ini telah menyebabkan belia mula melakukan penyalahgunaan dan menggunakan teknologi untuk melakukan perkara-perkara yang telah menyimpang daripada kebaikan. 
Salah satu penyalahgunaan teknologi yang dilakukan oleh belia pada masa kini adalah mengubah identiti sendiri seperti mengubah sesuatu berkaitan diri seperti gambar menjadi lebih cantik dan tidak seperti realitinya. Hal ini dilihat sebagai penyalahgunaan teknologi kerana teknologi telah digunakan sebagai medium untuk menyembunyikan identiti sebenar dan menipu orang lain. Sebagai contoh, belia masa kini yang bijak menggunakan teknologi telah “mengedit” gambar sendiri supaya menjadi cantik dan menayangkan kepada umum seperti dalam facebook dan twitter dan menarik ramai kenalan baru. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa belia telah menggunakan teknologi dengan tidak betul dimana teknologi telah dijadikan sebagai medium untuk menyembunyikan identiti sebenar di samping menipu orang lain supaya menjadi tarikan umum. Berikut merupakan contoh penyalahgunaan teknologi iaitu digunakan untuk menyembunyikan identiti sebenar: 
Selain itu, belia masa kini juga dilihat telah menyalahgunakan teknologi kerana telah merendahkan martabat bahasa ibunda. Dalam hal ini, bahasa ibunda contohnya bahasa Melayu telah direndahkan martabatnya contohnya melalui mesej yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas atau SMS. Mesej yang dihantar telah dipendekkan malahan ada yang mengubah ejaan asal bahasa Melayu. Hal ini telah menjejaskan bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa rasmi di Malaysia ini. Selain itu, hal ini juga dilihat mampu mempengaruhi kehidupan belia kerana bahasa “short form” ini telah digunakan dalam kehidupan seharian belia untuk berkomunikasi sesama sendiri. Di samping itu, perkara ini juga dikhuatiri menjejaskan pembelajaran dan pendidikan belia kini kerana bahasa “short form” ini juga mungkin digunakan semasa pembelajaran di sekolah, peperiksaan dan lain-lain kerana mereka sudah biasa dan selesa menggunakannya. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa martabat bahasa ibunda mula terjejas melalui penyalahgunaan teknologi oleh belia kini. 
           Teknologi yang canggih kini juga dilihat telah disalahgunakan oleh belia dengan mengambil jalan mudah untuk menyiapkan kerja sekolah, assignment, rangka kerja, dan lain-lain. Dalam hal ini, belia telah menyalahgunakan teknologi sebagai medium untuk memudahkan kerja mereka dengan memplagiat dan copy & paste hasil kerja orang lain. Oleh sebab maklumat tentang kerja kursus dan assignment ini boleh diperolehi dengan mudah di internet, belia dilihat telah mengambil jalan mudah dengan memplagiat maklumat tersebut. Perbuatan ini sememangnya tidak membantu belia untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang yang dipelajari. Selain itu, perkara ini juga adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan sama sekali. Hal ini menunjukkan bahawa belia masa kini telah menyalahgunakan teknologi untuk kepentingan diri sendiri dan mengambil jalan mudah untuk menyiapkan sesuatu kerja. 
          Pada masa kini, belia telah menyalahgunakan teknologi dengan terjebak dengan menonton gambar dan video lucah di internet. Hal ini sememangnya amat serius pada masa kini kerana video lucah amat mudah diperolehi di internet. Oleh itu, ramai belia dilihat telah terjebak dalam hal yang tidak bermoral ini. Perkara ini juga dilihat menjadi penyebab kepada masalah yang lebih serius lagi iaitu gejala tidak bermoral dan seks rambang oleh belia. Masalah ini adalah amat serius dan dilihat bermula dengan penyalahgunaan penggunaan teknologi di mana belia mula terjebak dengan menonton video porno. 
Selain itu, penggunaan teknologi seperti internet di mana maklumat boleh disebarkan ke seluruh dunia dengan sekelip mata telah menyebabkan penyebaran fitnah yang semakin meluas pada masa kini. Masalah ini dilihat banyak dilakukan oleh golongan-golongan belia termasuk golongan belia di Malaysia. Penyebaran fitnah yang dilakukan di internet mungkin disebabkan oleh dendam atau iri hati. 
          Oleh sebab penggunaan internet adalah mudah untuk menyebarkan maklumat dengan cepat, masalah penyebaran fitnah ini oleh belia semakin berleluasa pada masa kini. Kini, dilihat terdapat sebahagian besar golongan belia telah menyalahgunakan penggunaan teknologi seperti internet untuk penyebaran fitnah dan lain-lain.
          Kesimpulannya, terdapat sebilangan besar golongan belia di Malaysia yang telah menyalahgunakan teknologi pada zaman moden ini. Oleh itu, golongan belia sendiri perlu sedar dengan hal ini dan perlu bijak dan berfikir terlebih dahulu untuk menggunakan sistem teknologi supaya tidak disalahgunakan.

Sumber imej : Google Images