Pages

Subscribe:

Friday 21 October 2011

Teknologi Dalam Memudahkan Proses Komunikasi Belia

Kemajuan teknologi pada masa kini sangat berkembang pesat dan membantu manusia untuk berinteraksi antara satu sama lain tanpa terhad oleh jarak dan masa. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tersebut merangkumi banyak perkara dan pelbagai aspek kehidupan, bermula dari perniagaan hingga pendidikan. Pada prinsipnya teknologi ini berkembang untuk memenuhi keperluan dan keinginan manusia agar dalam kehidupannya dapat lebih mudah berkomunikasi ataupun melakukan sesuatu. Namun dari segala kesan positif yang diterima oleh manusia terdapat pula berbagai kesan negatif, baik secara fizikal dan mental.
Kewujudan teknologi ini sudah cukup untuk melengkapkan kehidupan manusia terutama kepada golongan belia yang sangat peka terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa penggunaan teknologi ini mungkin golongan belia tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi komunikasi adalah salah satu keperluan dalam hidup mereka. Golongan belia perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengatahuan dan kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran zaman sekarang. Hal ini juga boleh mengelakkan belia daripada terpinggir terhadap penerimaan kewjudan teknologi. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat boleh menyebabkan dunia semakin hari semakin kecil. Maklumat dan berita yang disalurkan melalui internet juga boleh mempengaruhi pemikiran belia. Malah, kewujudan blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular untuk golongan belia menyuarakan pendapat dan pandangan mereka secara bebas tetapi masih terkawal.

Rangkaian Komunikasi
Sumber: Google Images
Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini peresepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka akan terasa benar, bertapa sukarnya hidup tanpa telefon bimbit kerana telefon bimbit pada masa ini tidak hanya sebagai alat komunkasi biasa, tetapi kita juga boleh mengakses internet, SMS, bergambar dan juga saling menghantar data. Hal ini, menunjukkan kepentingan teknologi dalam komunikasi mempengaruhi kehidupan manusia.

Telefon KomunikasiSumber: Google Images

Melalui perkembangan teknologi komunikasi yang semakin berkembang dari semasa ke semasa sedikit sebanyak dapat menbantu belia untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan lebih cepat dan mudah. Misalnya, pada zaman sekarang sesuatu pekerjaan boleh dipohon secara online tanpa terlebih dahulu mengisi borang pekerjaan. Negara Malaysia khususnya sejak awal lagi telah melihat kemunculan era yang penuh dengan ledakan ilmu dan maklumat sebagai suatu peluang pekerjaan seperti Multi Level Marketing (MLM) yang sering diperkenalkan sekarang. Apatah lagi jika dilihat dan ditelusuri, revolusi kmputer akan memastikan revolusi komputer berpengaruh dalam realiti dalam memberi peluang untuk memperoleh pekerjaan dalam kalangan belia pada masa sekarang. Disamping itu, penghantaran resume atau butiran diri untuk memohon pekerjaaan juga dilakukan melelui      e-mail dan faksimili di mana ianya lebih cepat dan mudah. Jika dibandingkan dengan dahulu, perkembangan teknologi semakin pesat dan ia banyak membantu belia dalam pelbagai aspek. Oleh itu, para belia harus memanfaatkan teknologi yang ada untuk memajukan negara.
Selain itu, perniagaan melalui internet atau lebih dikenali sebagai e-dagang atau perdangangan elektronik, pada masa kini telah menjadi seperti trend. Perniagaan yang melibatkan internet telah terbukti kejayaannya dalam kalangan belia ada masa kini. Nama seperti Dr Irfan Khairi telah membuktikan bahawa teknologi mampu membawa kejayaan kepada belia. Ramai belia menjadikan internet sebagai saluran untuk memulakan perniagaan pada kos pada kadar yang minimum. Rangkaian sosial seperti Myspace dan Facebook dijadikan sebagai percubaan bagi yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian ini. Mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk menyewa kedai, membeli kelengkapan dan sebagainya. Para belia hanya perlu memiliki sebuah komputer dan kebolehan sebagai asset utama untuk memulakan perniagaan. Jika dilihat dalam aspek kehidupan sekarang, semua orang mahu menjalankan rutin dan aktiviti dengan cepat dan cekap. Oleh itu, perniagaan melalui internet merupakan salah satu caranya bagi usahawan muda terutamanya sekali dalam kalangan belia.

Sistem Teknologi Komunikasi
Sumber: Google Images
Kesimpulannya, kewujudan teknologi komunikasi ini banyak membawa kebaikan kepada cara hidup golongan belia. Belia kini, sudah mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengatahuan dan kemahiran. Hal ini, disebabkan oleh desakan hidup mereka yang seiring dengan peredaran zaman sekarang. Belia perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengatahuan supaya mereka setanding dengan golongan remaja dari negara lain. Ini juga boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara kerana belia adalah aset utama dalam pembangunan negara kita.


No comments:

Post a Comment