Pages

Subscribe:

Thursday 27 October 2011

BUKU oh BUKU !!!

   Kewujudan teknologi kini menjadikan kehidupan belia semakin mudah. Melalui teknologi, sektor pendidikan dapat ditingkatkan dan mampu memberi manfaat yang berlipat kali ganda kepada belia. Semua maklumat kini hanya berada di hujung jari. Caranya amatlah mudah dan senang. Kita hanya perlu duduk di hadapan laptop, taip dan search apa sahaja maklumat yang kita inginkan. Pendidikan di Malaysia boleh diletakkan dalam kategori yang tersendiri kerana telah berjaya melahirkan ribuan tenaga kerja dalam pembangunan negara.
   Seperti yang kita dapat lihat, universiti-universiti pada hari ini telahpun menggunakan kemajuan teknologi sebagai contohnya e-Learning. e-Learning merupakan platform untuk pelajar seperti kita mnemperolehi nota-nota selain dapat mengeratkan hubungan sesama pensyarah dan pelajar. Melalui e-Learning, sesi soal jawab antara pelajar dan pensyarah dapat dijalankan dengan lebih cepat. Selain daripada itu, proses pembelajaran dapat dilakukan dengan pantas sekiranya berlaku perkara-perkara seperti pembatalan kelas, kelas tambahan, perbincangan kumpulan dengan pensyarah dan sebagainya. Baru-baru ini, saya telah menjalani kuiz bagi subjek Accounting and Financial secara online. Saya dapati ianya bukan sahaja memudahkan saya dan rakan-rakan malah ia juga memudahkan pensyarah yang tidak perlu datang pada waktu malam kerana kebanyakan pensyarah sibuk pada waktu siang.
Sumber: Google Images
         Komunikasi antara Naib Canselor (NC) dan pelajar seperti Majlis Perwakilan pelajar dapat dijalankan melalui penggunaan telesidang terutamanya ketika NC berada di luar kawasan universiti. Tanpa kehadiran NC di bilik mesyuarat sekalipun, telesidang berfungsi sebagai alat perhubungan. Maka, setiap perancangan boleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang penangguhan kerja. 
   Program-program yang terdapat dalam laptop seperti Microsoft Power Point membantu memudahkan pelajar dalam membuat perbentangan. Selain daripada menyampaikan maklumat, belia juga dapat mencurahkan idea dan kreativiti masing-masing. Misalnya, penggunaan imej bergerak dan berwarna dalam pembelajaran mampu membantu imaginasi yang tinggi dan memudahkan pemahaman dalam menterjemahkan maklumat.

Sumber: www.youtube.com

1 comment:

Anonymous said...

Yeah, with techno ppl also plagiarise

Post a Comment