Pages

Subscribe:

Thursday 3 November 2011

CABARAN BAGI BELIA DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI

      Teknologi merupakan medium yang telah direkabentuk dan dihasilkan manusia sejak zaman dahulu yang memudahkan, mempercepatkan dan kurang menggunakan tenaga manusia. Antara contoh teknologi adalah surat khabar, radio, telegram manakala teknologi komunikasi yang lebih baru seperti blog, televisyen, satelit, komputer, internet dan fiber optik. Walaubagaimanapun, setiap peranti ini masih mempunyai kelemahan akibat dari penyalahgunaan.
        Kehidupan seharian masyarakat kini dipengaruhi teknologi, dan golongan yang paling banyak menerima pengaruh ini adalah golongan belia. Perkara yang sering dihadapi ialah menjadi mangsa jenayah siber. Isu ini kerap kali diketengahkan kerana ia merupakan perkara yang merbahaya dan mengganggu kehidupan seseorang. Antara contoh jenayah siber ialah fitnah atau diaibkan melalui internet, seperti menyebarkan gambar- gambar yang mengaibkan, membuat cerita- cerita palsu, membuat satu kumpulan yang mengutuk seseorang, mencuri dan mengedit kepada gambar lain (super imposed). Belia perlu berhati- hati ketika melayari internet.. Mereka yang melakukan jenayah siber ini digelar sebagai penggodam “hacker” dan “cracker”. “Hackers” adalah orang yang melakukan jenayah komputer atas dasar keseronokan manakala “crackers” melakukan jenayah komputer dengan niat jahat yang terdiri daripada seseorang yang tidak dikenali atau dikenali dan boleh juga dikatakan belia itu sendiri. Mereka ini adalah orang yang mempunyai pengetahuan yang amat mendalam tentang teknologi internet. Kebanyakkan insiden yang kerap kali berlaku kepada mangsa ialah menerima virus atau worm, kecurian data atau nombor akaun dicerobohi, dimanipulasi supaya pengguna masuk ke laman web yang tidak bersesuaian dan kehilangan “privacy”. Cara terbaik untuk mengelak perkara ini berlaku ialah jangan memberi sebarang nombor akaun atau kata laluan yang menglibatkan pengenalan diri kepada pihak yang tidak dikenali.
         Selain daripada isu penyalahgunaan teknologi, belia juga akan dihadapkan dengan cabaran seperti ditipu oleh penyamaran seperti gurauan rakan sebaya dan ancaman dari individu yang ingin mengambil kesempatan. Ianya berlaku kerana di dalam internet, manusia bersifat “anonymous”. Penjenayah ini akan berbuat baik dengan mangsa pada mulanya dan akhir sekali rupanya mereka tertipu. Perkara ini boleh juga dikaitkan dengan skim cepat kaya yang dahulunya begitu popular isu ini diperkatakan di Malaysia. Kegiatan ini masih lagi ada pada zaman sekarang tetapi dalam bentuk lain iaitu melalui telefon mudah alih yang kita sering gunakan, seperti sms pemenang bertuah yang sebenarnya hanya sebuah penipuan. Selain daripada itu, penjenayah ini menyamar untuk mendapatkan maklumat seperti mengintip “stalker”. Kebanyakkan maklumat individu boleh didapati dengan mudah melalui internet. 
        Masalah pornografi juga berada pada tahap kritikal. Belia tidak terlepas dalam masalah ini kerana mereka mungkin akan menjadi mangsa pornografi atau menjadi individu yang menerima pornografi akibat dari tahap penapisan yang sedikit. Walaupun begitu, maklumat ini sebenarnya boleh ditapis atau disekat kerana terdapat negara seperti China yang mengamalkan penapisan dalam kandungan maklumat internetnya.
        Seterusnya kekangan lain yang dihadapi oleh belia boleh juga dikaitkan dengan pembulian. Mungkin ramai yang merasakan perkara ini mungkin tidak wujud, tetapi sebenarnya masalah ini masih berlaku dan di tambah pula dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Kini, peningkatan penggunaan teknologi yang pelbagai fungsi seperti telefon pintar, bukan sahaja untuk membuat panggilan dan menghantar sms, sebaliknya ia juga berfungsi sebagai alat navigasi atau peta, akses internet dan pelbagai aplikasi interaktif yang membolehkan belia berkomunikasi walau dimana sahaja. Kemudahan ini akan disalahgunakan contohnya seorang individu yang iri hati dengan individu lain bertindak meng “edit” gambar atau apa sahaja berkaitan mangsa dan menimbulkan satu isu atau fitnah dan menyebarkannya. Akibatnya mangsa menjadi malu dan mengasingkan diri dari masyarakat. Terdapat sesetengah kes yang berakhir dengan mangsa mencedera dan membunuh diri atau mangsa membalas dendam kepada individu yang membuat fitnah tersebut
    Seterusnya adalah kelalaian atau ketagihan terhadap teknologi. Hubungan mereka dengan orang terdekat seperti ahli keluarga dan rakan- rakan diabaikan. Walaupun teknologi akan memudahkan masyarakat dalam berkomunikasi dengan orang tersayang, namun kadang kala apabila penggunaannya tanpa had dan dipenuhi kepentingan diri, ia sebenarnya akan menyebabkan seseorang yang dekat menjadi jauh dan sebaliknya hubungan dengan orang yang jauh dititik beratkan tanpa mereka sedari. Aktiviti riadah bersama keluarga yang mungkin dahulunya dilakukan diluar, sekarang ia tidak dilakukan lagi akibat leka contohnya seorang ibu yang selalu menggunakan telefon dan internet ketika bekerja, mereka akan mengabaikan keperluan anak- anak. Mereka memberi permainan video kepada anak- anak dengan harapan  ia menggembirakan tetapi sebenarnya ia menglalaikan pemikiran mereka. 
       Akhir sekali, jika penggunaan ini tidak dihadkan maka belia akan berhadapan dengan masalah yang lebih dasyat iaitu ketagihan teknologi. Ia sukar untuk dibendung lagi sehingga ia mengganggu aktiviti lain seperti yang diperkatakan tadi iaitu penggunaan permainan video. Selain dari permainan ini, belia juga akan ketagihan menghantar sms/ bersembang, menggunakan laman web berkenalan, menonton televisyen sepanjang hari dan mendengar lagu sepanjang hari. Contohnya makanan yang kita makan adalah lazat tetapi memudaratkan kesihatan, begitu juga dengan teknologi, ia juga meninggalkan kesan yang tidak baik. Ketagihan ini juga pernah berlaku yang menyebabkan seorang individu itu membunuh diri, iaitu seorang remaja membunuh diri selepas kerap-kali mendengar sebuah lagu yang mempunyai lirik tentang syurga “paradise”. Lagu ini ibarat cuba menarik seseorang untuk membunuh diri dengan kata- kata yang terlalu puitis sehingga meracuni pemikiran individu tersebut. Bukan itu sahaja, pemaparan drama- drama atau filem berunsur keganasan juga mengganggu golongan belia. Walaupun ia hanya lakonan tetapi setiap tindakan kita seharian juga kadang kala dipengaruhi oleh situasi sekeliling. Maka kesimpulannya teknologi adalah kemudahan yang perlu digunakan sebaik- baiknya demi keperluan pada masa hadapan.

1 comment:

elainatai said...

Luckyland Casino Review: Enjoy your lucky days on a big
Luckyland Casino is a place to get some of 러시안 룰렛 가사 the latest slot 커뮤니티 사이트 bonuses. Click 포커게임 here to view the newest slot 실시간 배팅 promotions and 실시간 바카라 사이트 offers.

Post a Comment