Pages

Subscribe:

Friday 21 October 2011

Teknologi Dalam Memudahkan Proses Komunikasi Belia

Kemajuan teknologi pada masa kini sangat berkembang pesat dan membantu manusia untuk berinteraksi antara satu sama lain tanpa terhad oleh jarak dan masa. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tersebut merangkumi banyak perkara dan pelbagai aspek kehidupan, bermula dari perniagaan hingga pendidikan. Pada prinsipnya teknologi ini berkembang untuk memenuhi keperluan dan keinginan manusia agar dalam kehidupannya dapat lebih mudah berkomunikasi ataupun melakukan sesuatu. Namun dari segala kesan positif yang diterima oleh manusia terdapat pula berbagai kesan negatif, baik secara fizikal dan mental.
Kewujudan teknologi ini sudah cukup untuk melengkapkan kehidupan manusia terutama kepada golongan belia yang sangat peka terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa penggunaan teknologi ini mungkin golongan belia tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi komunikasi adalah salah satu keperluan dalam hidup mereka. Golongan belia perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengatahuan dan kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran zaman sekarang. Hal ini juga boleh mengelakkan belia daripada terpinggir terhadap penerimaan kewjudan teknologi. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat boleh menyebabkan dunia semakin hari semakin kecil. Maklumat dan berita yang disalurkan melalui internet juga boleh mempengaruhi pemikiran belia. Malah, kewujudan blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular untuk golongan belia menyuarakan pendapat dan pandangan mereka secara bebas tetapi masih terkawal.

Rangkaian Komunikasi
Sumber: Google Images
Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini peresepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka akan terasa benar, bertapa sukarnya hidup tanpa telefon bimbit kerana telefon bimbit pada masa ini tidak hanya sebagai alat komunkasi biasa, tetapi kita juga boleh mengakses internet, SMS, bergambar dan juga saling menghantar data. Hal ini, menunjukkan kepentingan teknologi dalam komunikasi mempengaruhi kehidupan manusia.

Telefon KomunikasiSumber: Google Images

Melalui perkembangan teknologi komunikasi yang semakin berkembang dari semasa ke semasa sedikit sebanyak dapat menbantu belia untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan lebih cepat dan mudah. Misalnya, pada zaman sekarang sesuatu pekerjaan boleh dipohon secara online tanpa terlebih dahulu mengisi borang pekerjaan. Negara Malaysia khususnya sejak awal lagi telah melihat kemunculan era yang penuh dengan ledakan ilmu dan maklumat sebagai suatu peluang pekerjaan seperti Multi Level Marketing (MLM) yang sering diperkenalkan sekarang. Apatah lagi jika dilihat dan ditelusuri, revolusi kmputer akan memastikan revolusi komputer berpengaruh dalam realiti dalam memberi peluang untuk memperoleh pekerjaan dalam kalangan belia pada masa sekarang. Disamping itu, penghantaran resume atau butiran diri untuk memohon pekerjaaan juga dilakukan melelui      e-mail dan faksimili di mana ianya lebih cepat dan mudah. Jika dibandingkan dengan dahulu, perkembangan teknologi semakin pesat dan ia banyak membantu belia dalam pelbagai aspek. Oleh itu, para belia harus memanfaatkan teknologi yang ada untuk memajukan negara.
Selain itu, perniagaan melalui internet atau lebih dikenali sebagai e-dagang atau perdangangan elektronik, pada masa kini telah menjadi seperti trend. Perniagaan yang melibatkan internet telah terbukti kejayaannya dalam kalangan belia ada masa kini. Nama seperti Dr Irfan Khairi telah membuktikan bahawa teknologi mampu membawa kejayaan kepada belia. Ramai belia menjadikan internet sebagai saluran untuk memulakan perniagaan pada kos pada kadar yang minimum. Rangkaian sosial seperti Myspace dan Facebook dijadikan sebagai percubaan bagi yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian ini. Mereka tidak memerlukan modal yang besar untuk menyewa kedai, membeli kelengkapan dan sebagainya. Para belia hanya perlu memiliki sebuah komputer dan kebolehan sebagai asset utama untuk memulakan perniagaan. Jika dilihat dalam aspek kehidupan sekarang, semua orang mahu menjalankan rutin dan aktiviti dengan cepat dan cekap. Oleh itu, perniagaan melalui internet merupakan salah satu caranya bagi usahawan muda terutamanya sekali dalam kalangan belia.

Sistem Teknologi Komunikasi
Sumber: Google Images
Kesimpulannya, kewujudan teknologi komunikasi ini banyak membawa kebaikan kepada cara hidup golongan belia. Belia kini, sudah mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengatahuan dan kemahiran. Hal ini, disebabkan oleh desakan hidup mereka yang seiring dengan peredaran zaman sekarang. Belia perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengatahuan supaya mereka setanding dengan golongan remaja dari negara lain. Ini juga boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara kerana belia adalah aset utama dalam pembangunan negara kita.


Thursday 20 October 2011

KEPEKAAN BELIA TERHADAP PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Arus perkembangan teknologi begitu dekat dengan kehidupan kita terutamanya golongan belia. Kewujudan teknologi membawa kemajuan dalam kehidupan belia malahan corak kehidupan belia juga berubah seiring dengan kemajuan golongan belia dari negara maju yang lain. Golongan belia sangat peka dengan pertumbuhan teknologi, tambahan lagi, penggunaan teknologi merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita. Golongan belia perlu menyiapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan tentang perkembangan teknologi agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan arus peredaran zaman. 

Sumber: Google Images
Seperti yang telah kita tahu, teknologi dahulu dan sekarang banyak perbezaannya, contohnya dari segi cara penggunaannya. Jika dahulu, kita hanya menggunakan surat untuk berkomunikasi dengan orang yang berada pada jarak yang jauh dari kita, namun kini kita hanya menggunakan saluran internet seperti emel sebagai medium komunikasi jarak jauh. Penggunaan internet sangat pantas, canggih dan membuatkan dunia tanpa sempadan. Selain itu, penggunaan telefon bimbit juga amat penting dalam kehidupan. Hal ini kerana pelbagai fungsi yang dapat digunakan melalui telefon bimbit seperti kamera, video, penghantaran mesej dan lain-lain. Belia perlu bijak menggunakan teknologi ini. Pendokumentasian juga semakin sistematik dengan adanya perkembangan teknologi kini seperti hard disc, fragment, disc clean up dan sebagainya.

Masyarakat kini hidup dalam era globalisasi yang penuh dengan perkembangan teknologi yang pesat dan canggih. Wujudnya information technology and communication (ICT) memudahkan belia dalam mencapai maklumat terkini dunia dan pengetahuan tanpa batas. Sebelum wujudnya ICT, belia iaitu pelajar-pelajar IPTA dan IPTS hanya menggunakan buku, majalah, jurnal dan lain-lain sebagai rujukan mereka untuk menyelesaikan tugasan, namun kini mereka tidak perlu lagi bersusah payah menggunakan bahan-bahan bercetak tetapi menggunakan ICT sebagai tempat rujukan mereka. Penggunaan ICT memudahkan urusan pencarian maklumat secara meluas. Penggunaannya sangat bermakna sekiranya digunakan dengan betul.

Sumber: Google Images
ICT merupakan tempat untuk para graduan mencari jawatan kosong dalam bidang pekerjaan. Dengan wujudnya laman web seperti Jobstreet, Jobseeker dan lain-lain memudahkan belia mencari pekerjaan. Penggunaan ICT mendorong golongan belia berfikiran kreatif dan inovatif. Penguasaan ICT oleh pelajar universiti seluruh Malaysia semakin mantap dengan penyertaan mereka dalam pertandingan Robocon Malaysia yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari 64 kumpulan daripada 31 pusat pengajian seluruh Malaysia. Gadget-gadget terkini yang menjadi kegilaan belia masa kini ialah Apple iPad 2, Blackberry, Canon PowerShot G12 dan lain-lain.
Penggunaan ICT dapat menjimatkan masa dan wang kerana terdapatnya laman web ‘e-Banking’ yang membolehkan masyarakat membuat pembayaran bil, transaksi wang, tambah nilai prabayar, pembayaran saman dan lain-lain. Laman web ini ditubuhkan untuk memudahkan urusan organisasi kerajaan dan swasta dengan para pelanggan. Penggunaan ‘e-Banking’ ini seperti Maybank2U, CIMB Clicks dan lain-lain semakin popular dalam kalangan masyarakat. 
Teknologi lain yang semakin berkembang penggunaannya ialah kad pintar yang mana ia diaplikasikan melalui penggunaan cip pada kad pintar tersebut. Contohnya, kad pengenalan, MyKad yang mempunyai pelbagai fungsi melalui satu cip sahaja seperti Touch n Go, lesen kenderaan, status jenayah dapat diketahui, maklumat peribadi dan sebagainya. 
Kesimpulannya, perkembangan teknologi kini memberi manfaat yang sangat bermakna kepada masyarakat terutamanya golongan belia. Di samping itu, ia juga mendidik belia tentang kepentingan dan keperluan teknologi pada masa kini dan masa hadapan. Perkembangan teknologi yang semakin pesat ini mampu memperkasakan belia ke arah yang lebih maju.

Tuesday 18 October 2011

Oh! “Gadget” - Obsesnya Belia

Seiring bidang komunikasi dan hiburan. Perkembangan yang berlaku pesat pada masa kini telah memberi impak kepada semua lapisan masyrakat hingga kita dengan mudahnya dapat mengakses, mencari, memberi, bahkan dapat memanipulasi data secara online. 


Sumber: Berita Harian Online
Lambakan “gadget-gadget” kegilaan belia

Perkembangan teknologi ternyata menimbulkan beberapa kesan terhadap penggunaanya. Melalui internet sahaja kita mampu mengakses dan mencari data dengan pantas melalui cara “meng-klik” sahaja. Selain itu, kita juga boleh mendapatkan pelbagai benda melalui internet separti hiburan dan lain-lain. Dalam bidang hiburan, dapat diperlihatkan betapa pesatnya teknologi berkembang. Peralatan-peralatan ataupun “gadget” menjadi kegilaan dalam kalangan remaja masa sekarang. Antara gadget yang menjadi kegilaan remaja sekarang adalah satu peralatan berkomunikasi ataupun “smart phone” seperti Blackberry dan juga IPhone . Bercakap mengenai pelbagai inovasi perkomputeran yang dihasilkan terutamanya untuk pengguna tegar grafik, tapi jika memperlihatkan inovasi massa lain seperti peranti audio video digital dan juga computer tablet. Setiap kali diperkenalkan, setiap kali itu jugalah wujud fenomena baru yang mampu merubah gaya hidup pengguna secara total. Bayangkan orang ramai sanggup beratur berjam-jam di depan pintu kedai untuk menjadi semata-mata orang yang terawal untuk memiliki “gadget-gadget” tersebut.

Melihat apa yang berlaku dalam pasaran dunia belia dan juga teknologi , pada April 2010 sahaja tiga juta unit tablet iPad telah dijual dalam masa tempoh 80 hari. Hingga akhir 2010, syarikat Apple berjaya menjual sebanyak 14.8 juta iPad di seluruh dunia. Ia sama sekali telah merubah landskap gaya hidup masyrakat seluruh dunia untuk berkomunikasi , berhibur, bekerja dan bermain. Ia ditambat dengan kepesatan era maklumat di mana saja kederasan inovasi jalur lebar menular ke setiap pelosok dunia. Dengan berkembang pesatnya teknologi-teknologi ini, memperlihatkan bagaimana belia sekarang teramat taksub dengan “gadget-gadget” ini, hingga menyebabkan mereka terlalu obsess.

Di dalam sebuah akhbar tempatan telah mengeluarkan satu isu dimana remaja dan belia sekarang teramat obsess dengan “gadget” hingga kemana sahaja mereka berada mesti bersama dengan “gadget” tersebut. Munurut berita yang dikeluarkan oleh Berita Harian ;

“PENGGUNAAN telefon bimbit pintar dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bukanlah satu perkara yang ganjil. Alat komunikasi itu dilihat menjadi keperluan utama dalam kehidupan seharian jika dibandingkan dengan kehidupan remaja pada zaman 80-an. Kemudahan berhubung melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), panggilan, khidmat pesanan multimedia (MMS) dan panggilan video (3G) menjadi antara perkhidmatan penting dalam sesuatu penggunaan telefon bimbit selain penggunaan internet melalui komputer bagi menghubungkan seseorang dengan individu lain tidak kira di mana mereka berada. Arus kemodenan dalam dunia komunikasi teknologi mendorong kepada masyarakat kini untuk menggunakan aplikasi paling canggih untuk berhubung. Penggunaan telefon bimbit pintar yang turut mempunyai kemudahan internet seperti BlackBerry (BB) dan Iphone misalnya menjadi kegilaan remaja pada masa kini terutama pelajar IPT. Aplikasi yang mampu menyampaikan khidmat pesanan percuma melalui BlackBerry Messenger (BBM) itu bagai fenomena dalam kalangan pelajar IPT untuk memiliki telefon bimbit pintar itu. Jika dulu, penggunaan telefon bimbit pintar itu lebih digunakan oleh golongan profesional namun tidak lagi pada masa kini kerana ia turut digunakan oleh pelajar IPT untuk berhubung satu sama lain.”
Selain itu siswa dan siswi yang ditemuramah yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Shah Alam yang juga pengguna BB ;
“Kecanggihan telefon seperti ini mendorong saya untuk memilikinya sebagai satu daripada gajet peribadi selain dapat memperoleh maklumat dengan cepat melalui kemudahan internet yang disediakan. Hairunnadiah Hairuddin, pelajar UiTM, Shah Alam.”
Kepesatan dalam pembagunan teknologi dalam pelbagai bidang telah memberikan peluang kepada belia-belia pada masa kini untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga mengikuti perkembangan pada masa kini. Namun dalam mengikuti perkembangan teknologi tersebut jangan lah kita lalai dan leka dalam arus kemodenan ini. Masih banyak yang mampu kita dapat dari perkara yang lain selain dari kemajuan “gadger-gadget” yang dimiliki oleh kita. Cuba untuk mencari sesuatu kelainan dalam memperkasakan diri sendiri mahupun masyarakat melalui perkembangan teknologi ini. Gunakannya untuk tujuan yang berfaedah dan kurangkan untuk tujuan yang kurang berfaedah kerana hanya kita sendiri dapat mengawal diri kita.
Sumber: Google Images