Pages

Subscribe:

Thursday 10 November 2011

oOOopss! Terlebih Sudah…!

              Kini, negara Malaysia makin maju dengan pelbagai teknologi yang muncul. Belia juga lebih cenderung menggunakan teknologi dalam semua bidang termasuk dalam menyuarakan pendapat mereka sama ada di dalam blog, twitter mahupun Facebook. Kita sedia maklum, belia merupakan aset negara yang penting dalam memastikan pencapaian wawasan 2020. Oleh yang demikian, kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan belia bersuara dan menyuarakan pendapat. Jadi, tidak hairanlah jika kita melihat pelbagai alternatif yang digunakan oleh kerajaan untuk memudahkan belia dalam memberikan pandangan dan pendapat, cadangan dan idea bagi memantapkan lagi perlaksanaan program-program yang telah dirancang oleh negara. Belia seharusnya menggunakan saluran yang disediakan untuk menyuarakan pendapat mereka dari pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sebagainya. Seharusnya belia lebih menyedari, dengan melibatkan diri dalam perhimpunan haram ataupun rusuhan adalah sesuatu yang salah dari segi undang-undang. Misalnya, 1malaysia.com telah dilancarkan oleh kerajaan dalam menggalakkan belia menyuarakan pendapat dan sekaligus mendapat maklumbalas daripada pihak kerajaan. Sebenarnya tanpa kita sedari, 1malaysia.com merupakan peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menggalakkan belia bersuara dalam pelbagai aspek. Di sini kita dapat lihat bahawasanya kebebasan bersuara itu wujud melalui medium ini cumanya penggunaan bahasa yang wajar haruslah di tepati. 
Sumber: Google Images
                        Dalam alaf teknologi serba canggih ICT ini, Belia mesti peka dan kepimpinan harus memastikan golongan Belia ini celik teknologi maklumat, matang menyalurkan pendapat, versertail dalam keterampilan dan paling utama kekuatan agama sebagai pedoman hidup. Pandangan lapok yang mengatakan Belia adalah pencetus kepada pelbagai masalah mesti di tangkis dan tiba waktunya menampilkan Belia sebagai golongan yang pro-aktif juga berpandangan positif. Ada pihak yang cuba menyatakan bahawasanya belia yang tinggal di luar Bandar akan mengalami masalah dalam mengadaptasikan diri dengan penggunaan teknologi. Namun begitu anggaran ini amatlah daif kerana jika kita lihat belia di luar Bandar juga telah didedahkan dengan pelbagai kemudahan canggih yang berteraskan teknologi. Contohnya Penubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kementerian pembangunan luar bandar giat menjalankan usaha-usaha menceriakan dan menghidupkan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan juga mengalu-alukan usaha universiti untuk merapatkan jurang digital luar bandar khususnya kawasan pedalaman dalam melahirkan penduduk yang celik teknologi maklumat (IT). Contohnya pelancaran internet desa yang menjadi tumpuan terhadaap felda-felda atau kawasan pedalaman menjadikan ramai belia-belia luar bandar untuk mempelajari cara mengendalikan komputer, perhubungan internet, kelas mempelajari "microsoft" serta teori dan praktikal menggunakan gajet-gaget teknologi komunikasi. Dengan kewujudan perkhidmatan yang disediakan dapat membentuk lebih ramai belia luar bandar menggunakan teknologi komunikasi dengan efisien, sekali gus dapat memantapkan bahasa melayu dan Inggeris. 
Sumber: Google Images
                   Lantaran itu diharapkan dengan wujudnya Teknologi mampu melahirkan belia yang matang dalam mempertimbangkan sesuatu isu yang timbul / berita sama ada khabar angin atau fakta. Kerana jika peralihan dunia semakin canggih melambangkan pemikiran manusia juga semakin canggih maka mampu berfikir secara telus dan mulus.
Sumber: Google Images

No comments:

Post a Comment