Pages

Subscribe:

Thursday 3 November 2011

Teknologi + Belia = TEKNOBELIA?

        Seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga belia dan teknologi. Belia sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan teknologi. Belia merupakan golongan yang paling cepat menerima perubahan yang berlaku dalam bidang teknologi. Belia menjadikan teknologi sebagai platform ataupun medium dalam menyampaikan, berkongsi, serta carian maklumat. Antara medium terkini dan paling popular yang menjadi pilihan golongan belia untuk mengakses maklumat adalah Facebook, Twitter dan Blog.
Sumber : Google Images
      Menurut laporan akhbar Berita Harian bertarikh 15 Ogos 2010, ketagihan internet boleh menjejaskan tahap kesihatan fizikal dan psikologi seseorang dewasa. Hal ini seperti mengganggu proses pergaulan sosial mereka dengan persekitaran. Namun, masyarakat kini tidak menyedari bahawa internet itu sebenarnya sudah menguasai seseorang semenjak kanak-kanak lagi. Ini dibuktikan lagi dengan hasil kajian yang agak membimbangkan oleh Syarikat Keselamatan Internet Antarabangsa, Norton yang menunjukkan purata seorang kanak-kanak di Malaysia melayari internet dalam sebulan adalah 64 jam. 
     Penggunaan teknologi memberi pengaruh yang besar terhadap golongan belia seperti kita terutamanya penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kewujudan dan kecanggihan peralatan teknologi yang seiring dengan perkembangan zaman pada hari ini sedikit sebanyak membantu kita dalam proses pembelajaran dalam pencarian maklumat tambahan. Contoh yang paling terdekat adalah telefon bimbit yang merupakan satu keperluan untuk setiap kita. Ianya memudahkan kita untuk menghubungi keluarga dan yang tersayang. Sekaligus dapat merapatkan hubungan yang jauh.
Sumber : Google Images

   Walau sehebat mana pun penciptaan sesuatu peralatan teknologi, ia tetap mempunyai kesan positif dan negatif pada sisi penggunanya. Sesetengah daripada kita terlalu mengikutkan hati sehingga sanggup berhabis wang ringgit untuk mengejar penciptaan gajet terkini. Keinginan untuk bergaya, menunjuk-nunjuk atau bersaing dengan kawan adalah faktor yang mendorong sesetengah belia sering bertukar-tukar gajet walaupun poket mereka tidak mampu. Tambahan pula penciptaan telefon pintar Blackberry yang mempunyai pelbagai aplikasi canggih membuatkan pengguna berasa bangga apabila dapat memilikinya. Oleh itu, tidak hairan jika kita melihat situasi pelajar IPTA dan IPTS  menggunakan wang pengajian untuk membeli gajet-gajet terkini. Pelajar tidak menggunakan wang dengan sebaik-baiknya . 
   Obsesi belia terhadap teknologi sebenarnya bukan terhad setakat mencapai kepuasan dalam memilikinya tetapi juga adakala di luar kotak fikiran yang waras. Belakangan ini, wujud satu tren dalam kalangan belia apabila menggunakan kamera dengan merakam aksi-aksi yang pelik. Pernahkah anda terfikir untuk melakukan aksi berani dan pelik sebegini?
Gambar beraksi dalam tandas  
Sumber: Google Images
           Memang benar dengan kecanggihan teknologi mampu membantu kita sebagai seorang pelajar. Namun, kita sebagai belia perlulah bijak dalam menggunakan teknologi kerana belia merupakan harapan bangsa dan bakal menjadi pemimpin negara. Sesungguhnya teknologi ini akan memberi kebaikan dan banyak faedah sekiranya kita bijak menggunakan kemudahan yang disediakan seperti ini.

3 comments:

miszcula said...

setuju!!!!student salah gunakan wang untuk beli gadget terbaru

doratie chan said...

sangat berilmiah...emm emm..teruskan usaha anda...heeeeee

Anonymous said...

tak ikut perkembangan nanti dikatakan ketinggalan zaman, tapi haruslah berpada-pada pada sesuatu perkara

Post a Comment